Wednesday 7 March 2012

Gotong-Royong Di Padang SK Setiawangsa

Pada 19 Febuari 2012(Ahad), satu gotong-royong khas telah diadakan bertujuan untuk meratakan padang. Memandangkan jadual pada hari Sabtu padat dengan pelbagai aktiviti pihak sekolah terpaksa menetapkan hari Ahad untuk program ini dijalankan.

Alhamdulillah, program yang dirancang telah berjalan lancar dengan bantuan PIBG, DBKL dan juga beberapa orang murid yang berkesempatan hadir. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua Ibu bapa, murid-murid dan guru-guru yang terlibat menjayakan program gotong-royong tersebut.

Keadaan padang yang berlopak dan berlecak
En. Rashid menunjukkan kekuatannya mengangkat seketul batu
Bertungkus lumus meratakan pasir.... huhhh
Tn. Hj. Ruslan sedang mengeluarkan pasir dari kereta sorong.
Juru Gambar:Pn. Jasmalia dan En. Hisham

No comments:

Post a Comment